Showing posts with label Riddle. Show all posts
Showing posts with label Riddle. Show all posts

Tuesday, April 15, 2008

teka-teki

JOm usha teka-teki....nk tau jawapan,,just highlight bawah soklan....lets enjoy..

1.Hitam, panjang, dipeluk dan diapit dua paha?
~Orang sedang panjat tiang talipon

2.Apa nama sudirman masa kecil?
~sudirboy

3.Rumah apakah yang gunakan banyak air?
~Rumah terbakar

4.Apa yang mahal pada BMW?
~BMX

5.Ape persamaan kain jemuran ngan telefon?
~Dua-dua kalau dah 'kringgg' bole diangkat...

6.Gajah terbang dengan ape?
~Dengan susah payah...

7.Tukang ape yang kalau dipanggil, die menjenguk ke atas?
~tukang gali kuboq...

8.Ape persamaan Michael Jordan ngan Michael Jackson?
~Dua-dua tak kenal korang...

9.Kenape lelaki jarang kene penyakit anjing gila?
~sbb lelaki ni kan 'buaya'...think about that guys...

10.Siape yang menemukan dompet kulit?
~Yang menemukan dompet kulit tersebut tolong pulangkan kepada saye..

11.Lima pasang stokin direndam di dalam laut merah. Setiap pasang stokin itu berwarna putih, hijau, biru, kuning dan hitam. Apa akan terjadi kepada semua stokin tersebut?
~Stokin tu basah lah....

12.Kenapa doktor bedah kalau melakukan pembedahan mulutnya ditutup ?
~Kalau matanya yang ditutup, dia tak dapat melihat!

13.Kenapa mayat dibungkus kain putih?
~Kalau dibungkus dengan kain hitam , siapa takut!!!!

14.Bila gajah jadi ayam, lalu singa jadi ayam,dan kambing jadi ayam. maka ayam menjadi apa?
~Ayam jadi banyaklah bilangannya..

15.Kenapa di tepi rel keretaapi ditaruh batu kerikil?
~kalau ditaruh pisang goreng pasti jadi rebutan..
16.Pak Ali ada sebuah ladang, tetapi dia nak tanam 2 jenis pokok iaitu getah dengan koko. Untuk memenuhi cita-citanya dia pun tanamlah pokok getah separuh dan pokok koko separuh, Soalannya pokok apa tumbuh dulu?
~Dua-dua tak tumbuh, sebab dia tanam separuh je...

17.Kalau kancil dengan rusa berlaga, siapa yang akan mati?
~ Pemandunya lah yang mati...... kalau kereta kancil dengan rusa berlanggar..

18.Kenapa ayam lepas minum dia dongakkan kepala.kalau makan tak pulak?
~dia fikir nak buang air kecil tak boleh-boleh...

19.Apakah haiwan yang berkaki 3?
~Kuda cacat. Kalau tak cacat pasti kakinya 4..

20.Haiwan apakah yang paling tidak sopan?
~Kutu, kerana sering memijak-mijak kepala orang..

21.Seorang lelaki memakai pakaian serba hitam, seluar hitam, kasut hitam, sarung kaki hitam, sarung tangan hitam, dan kacamata hitam. Ia berjalan di sebuah lorong hitam. Seluruh lampu di lorong itu padam. Kemudian, sebuah kenderaan berwarna hitam dengan lampu yang juga padam meluncur memasuki lorong. Namun tepat di depan lelaki itu kenderaan berhenti. Bagaimana mungkin pemandu kenderaan itu boleh melihat lelaki serba hitam itu?
~Waktu itu adalah siang hari bukannya malam!

22.10 ekor burung sedang terbang, tiba-tiba berdentum guruh dengan kuat. 6 ekor burung terus terbang tanpa masaalah,namun 4 ekor burung telah jatuh kebumi. Soalannya: Kenapa 4 ekor burung itu jatuh kebumi?
~Kerana 4 ekor burung itu menutup telinga dengan kepaknya dan menyebabkan ia tidak dapat terbang seperti biasa..

23.Buah apa, kita kena makan dulu, baru boleh ambil?
~Buah dam.. kita kena makan buah dam lawan kita, baru boleh ambil buah dam dari pihak lawan...

24.Kenapa siput babi jalan lambat?
~Sebab sambil berjalan, die asyik fkir die 2 siput ke babi..

25.Goreng pisang ada dua puluh, diambil sebelas , tinggal berapa?
~Tetap dua puluh sebab hanya diambil , tidak dimakan..

26.Sebuah lori telah membawa 15 ekor kambing untuk dihantar kepada pelanggannya. Namun apabila sampai di sebuah persimpangan. lori itu telah membrek dengan mengejut dan menyebabkan 5 ekor kambing itu melompat. Kemudian sampai di sebuah selekoh 10 ekor kambing telah melompat lagi. Akhirnya berapa ekor kambingkah yang telah tinggal??..
~sume ade..sbb melompat dalam lori jer..

27.Ia memakai topi kuning, tapi bukan arkitek, memakai uniform putih tapi bukan doktor. Ia ada ekor tapi ia bukan binatang. Apakah dia?
~Taugeh..

28.Ada seorang wanita yang sarat mengandung dan nak bersalin, lalu suami dia bawa isteri tu ke hospital. Dia melalui ladang kopi dan lombong bijih timah. Lepas anak dia lahir, dinamakan Fatimah. Kenapa ?
~sbb anak dia tue pompuan..xkn nk bagi name Ali plak..

29.Haiwan apakah perutnya di kepala, kakinya dikepala,bahkan mata dan mulutnya juga di kepala?
~kutu la...sbb dia kn mmg dok atas kepale org...

30.Kenapa koboi mexico kalau berjalan sering membawa gitar?
~ Takkan nak bawak piano pulak! besar tuh!

Monday, January 21, 2008

31.kasut apa yang paling keras?
~
kasut BATA laaaa...

32.
Jilat-jilat bila dah basah baru cucuk, jilat-jilat bila dah basah baru cucuk?
~Masukkan benang dalam jarum

33.Kenapa Penggali Kubur Gali Kubur Tak Pakai Selipar???
~Selipar mana boleh buat gali tanah, guna cangkul lar…

34.3 kepala, 6 mata, 8 kaki. Apakah bendanya tu?
~Koboi naik kuda bawak ayam

35.Masa dia hidup kita menyanyi, masa dia mati kita tepuk tangan??
~lilin masa sambut ‘EPI BESDAY'

36.
kereta tapi orang tak panggil kereta apakah itu..??
~
teksi r..!!!orang tak panggil kereta pon org panggil teksi..!!!

37.Pokok apa bila manusia nampak dia lari?
~pokok tumbang...

38.Banyak-banyak ikan, ikan apa yang slalu sakit perut?
~ Ikan kembung

39.Kalau seorang, sendiri tau. Kalau berdua, dua-dua sama tau. Bertiga, tiada siapa yang tau kecuali orang yang buat. Kalau berempat, lagilah tak tau... apa dia?
~Kentut

40.Kalau kamu pandai....Sila jawab soalan inie dalam bahasa
Arab daaa

Soalan :

A)Seorang Tua jatuh dari tingkat 40 lalu mati.......
B)Siti Nurhaliza berlari keliling padang tanpa seurat benang....
C)Bulan depan gaji Rahim naik $1 juta.......

~(A) Inna'lillah wa'inna'lillah hira'ji'unn. ....
(B) Astagh'firullah' hal'azimm. ......

(C) Al'hamdulillah........


41.Ade seorang budak , rumah tingkat 10 , tiap-tiap hari ,dia naik lif sampai tingkat 8 , terus naik tangga lagi 2 tingkat....kenapa pulak?
~Sebab budak nie pendek ..tak sampai nak picit tingkat 10...

42.Paling banyak banyak Bangsa dalam alam inie...Bangsa yg mane satukah yang paling hebat dalam dunia nie??
~ Bangsa Melayu laa..sbbnyer boleh makan UBI KAYU... JAMBU BATU, PUCUK PAKU,BELIMBING BESI,IKAN SELAR,CILI APi & lain2 lg....

43.Ape bendenye .dia naik cepat tapi turun lambaaaaaaaaaaat sangat.....??
~hingus lahhh......

44.Siapakah orang yang paling layak digelar " keras kepala " ?
~Penunggang motosikal yang tak pakai helmet

45.Banyak banyak surat ........ surat ape yg tak perlu dijawab & dibalas??
~Suratan takdir illahi lahh ..(ade yg nk jawab ker???)