Tuesday, April 15, 2008

16.Pak Ali ada sebuah ladang, tetapi dia nak tanam 2 jenis pokok iaitu getah dengan koko. Untuk memenuhi cita-citanya dia pun tanamlah pokok getah separuh dan pokok koko separuh, Soalannya pokok apa tumbuh dulu?
~Dua-dua tak tumbuh, sebab dia tanam separuh je...

17.Kalau kancil dengan rusa berlaga, siapa yang akan mati?
~ Pemandunya lah yang mati...... kalau kereta kancil dengan rusa berlanggar..

18.Kenapa ayam lepas minum dia dongakkan kepala.kalau makan tak pulak?
~dia fikir nak buang air kecil tak boleh-boleh...

19.Apakah haiwan yang berkaki 3?
~Kuda cacat. Kalau tak cacat pasti kakinya 4..

20.Haiwan apakah yang paling tidak sopan?
~Kutu, kerana sering memijak-mijak kepala orang..

21.Seorang lelaki memakai pakaian serba hitam, seluar hitam, kasut hitam, sarung kaki hitam, sarung tangan hitam, dan kacamata hitam. Ia berjalan di sebuah lorong hitam. Seluruh lampu di lorong itu padam. Kemudian, sebuah kenderaan berwarna hitam dengan lampu yang juga padam meluncur memasuki lorong. Namun tepat di depan lelaki itu kenderaan berhenti. Bagaimana mungkin pemandu kenderaan itu boleh melihat lelaki serba hitam itu?
~Waktu itu adalah siang hari bukannya malam!

22.10 ekor burung sedang terbang, tiba-tiba berdentum guruh dengan kuat. 6 ekor burung terus terbang tanpa masaalah,namun 4 ekor burung telah jatuh kebumi. Soalannya: Kenapa 4 ekor burung itu jatuh kebumi?
~Kerana 4 ekor burung itu menutup telinga dengan kepaknya dan menyebabkan ia tidak dapat terbang seperti biasa..

23.Buah apa, kita kena makan dulu, baru boleh ambil?
~Buah dam.. kita kena makan buah dam lawan kita, baru boleh ambil buah dam dari pihak lawan...

24.Kenapa siput babi jalan lambat?
~Sebab sambil berjalan, die asyik fkir die 2 siput ke babi..

25.Goreng pisang ada dua puluh, diambil sebelas , tinggal berapa?
~Tetap dua puluh sebab hanya diambil , tidak dimakan..

26.Sebuah lori telah membawa 15 ekor kambing untuk dihantar kepada pelanggannya. Namun apabila sampai di sebuah persimpangan. lori itu telah membrek dengan mengejut dan menyebabkan 5 ekor kambing itu melompat. Kemudian sampai di sebuah selekoh 10 ekor kambing telah melompat lagi. Akhirnya berapa ekor kambingkah yang telah tinggal??..
~sume ade..sbb melompat dalam lori jer..

27.Ia memakai topi kuning, tapi bukan arkitek, memakai uniform putih tapi bukan doktor. Ia ada ekor tapi ia bukan binatang. Apakah dia?
~Taugeh..

28.Ada seorang wanita yang sarat mengandung dan nak bersalin, lalu suami dia bawa isteri tu ke hospital. Dia melalui ladang kopi dan lombong bijih timah. Lepas anak dia lahir, dinamakan Fatimah. Kenapa ?
~sbb anak dia tue pompuan..xkn nk bagi name Ali plak..

29.Haiwan apakah perutnya di kepala, kakinya dikepala,bahkan mata dan mulutnya juga di kepala?
~kutu la...sbb dia kn mmg dok atas kepale org...

30.Kenapa koboi mexico kalau berjalan sering membawa gitar?
~ Takkan nak bawak piano pulak! besar tuh!

No comments:

Post a Comment